Tuesday, March 2, 2010

Noh Omar Kaut RM 1 juta, Khir Berang


Noh Omar yang kini dikenali sebagai taukeh kotak ikan menyatakan di dalam blog rasmi beliau bahawa harga setiap kotak yang baru ini akan lebih malah RM10 dari harga kotak yang asal. berikut adalah keterangan mengenai harga kotak ikan yang dipilih dikalangan kroninya:-

- kotak 100kg = RM205; subsidi kerajaan=RM60 ; hasilnya= RM145 ; harga lama= RM135
- kotak 50kg= RM125; subsidi kerajaan=30 ; hasilnya= RM95; harga lama= RM85

Maka dengan ini beza antara harga lama dengan harga baru terbukti sebanyak RM10. Difahamkan bahawa kerajaan telah mengeluarkan bajet sebanyak RM2.4juta(nilai sebenar) sebagai subsidi kepada kotak ikan Noh Omar(nilai tersirat kita pun tak tahu brapa). Duit lebih sebanyak RM10 sekotak itu akan di salurkan ke poket Noh Omar kerana beliau yang meluluskan projek tersebut demi membantu kroninya supaya ada tender untuk berniaga.

Berita ni sampai ke telinga Khir Toyo lalu beliau pun dengan serta merta meluluskan peruntukan kepada konco-konconya supaya menggagalkan projek Noh Omar. Khir Toyo difahamkan mengarahkan konconya supaya mengeluarkan kenyataan memboikot penggunaan kotak ikan yang baru di mana harganya lebih mahal RM10 dari yang lama. Dia juga menyatakan hasrat ingin menentang perkara ini habis-habisan kerana dia adalah pembela rakyat yang jauh lebih baik dari Noh Omar.

Perbalahan ini seperti tiada penghujungnya, di ramalkan Noh Omar dan Khir Toyo akan membuka satu lagi pekung UMNO yang sudah lama melarat hingga perpecahan akan berlakau di antara mereka. Inilah realiti dalam UMNO di mana-mana bahagian.

No comments:

Post a Comment