Monday, March 8, 2010

Tun Mahathir Tak Didik Anak Tentang Islam


Dah menjadi amalan busuk dalam UMNO ni tentang isu halal haram bagi mereka. Yang terbaru ni anak mantan Perdana Menteri kita Tun Mahathir menjadi pemegang saham terbesar kilang arak di Filipina.

Difahamkan Mirzan Mahathir yang mewakili Q-tech Alliance Holdings Inc telah memperolehi hak sebagai pemegang saham di dalam sebuah syarikat arak terbesar di Filipina iaitu San Miguel Corp iaitu sebanyak 19.9 peratus dengan nilai duit sebanyak 39.61 billion pesos (RM2.9 billion). Adakah perkara ini terlepas pandang oleh Mirzan Mahathir? Kalau ditanya kepada cucu Muhyiddin adakah arak itu haram dah tentu dia pun boleh jawab HARAM! inikan pula seorang yang sudah berusia seperti Mirzan ini.

Walaupun tidak minum arak tetapi segala perbuatan yang melibatkan bersubahat dengan arak sudad dikira haram. Kadang kala tercetus juga di fikiran kita bahawa adakah Tun Mahathir ni tidak pernah mengajar anaknya tentang ilmu agama atau dia sendiri yang tidak beragama?

Kita sebagai rakyat Malaysia tidak boleh memandang enteng terhadap perkara ni kerana golongan-golongan elit seperti mereka ini sebenarnya membawa satu imej negara kita ke negara Luar. Tak kira la imej dari segi agama, ekonomi, politik dan banyak lagi. Dan kalau isu seperti arak ini dipandang remeh, bagaimana kita boleh diiktiraf sebagai sebuah negara Islam.

Pemimpin-pemimpin UMNO giat berkempen sana-sini "kamilah UMNO pembela bangsa Melayu yang menegakkan agama Islam, UMNO sahaja lah yang menegakkan Islam!" kata pemimpin-pemimpin UMNO yang berkempen. Heboh sana sini tentang isu kalimah Allah, tapi isu pemegang saham dalam syarikat berasaskan arak tidak di endahkan.

Inilah hakikat politik UMNO di Malaysia ni. Kalau dah jadi pemegang saham terbesar di syarikat arak tu, dah tentu la segala projek-projek yang berkaitan arak ni akan menjadi berleluasa. Terbaru ni difahamkan Mirzan Mahathir telah menerima tawaran membekalkan arak di sebahagian kelab-kelab dan disko terutama di Genting. Dia juga memberikan kontrak-kontrak arak ni kepada orang-orang Melayu kita sendiri.

Sebenarnya kenapa anak-anak muda dewasa ini banyak yang hanyut dibawa arus pemodenan adalah akibat daripada tindakan pemimpin kita sendiri. Contohnya seperti kes Mirzan ini. Sesungguhnya pemimpin memainkan peranan yang teramat penting dalam mempengaruhi minda-minda rakyat.

Inilah yang terjadi apabila sistem pendidikan di negara kita tidak begitu memberi penekanan yang lebih terhadap agama slam. Rakyat Malaysia sendiri mudah goyah pendiriannya, buktinya kita boleh lihat ramai perwakilan Pakatan Rakyat yang melompat parti. Mereka sudah tidak mempunyai integriti yang kuat.

Benarlah kata Tuan Guru Nik Aziz "kalau kita nak bina negara, kita kena bina manusia itu sendiri terlebih dahulu," hal ini sudah pun terbukti dengan tindakanMirzan Mahathir ni. Benar kata Nik Aziz, kalau manusia itu di didik dengan pegangan agama yang lemah maka pegangan agama negara itu secara tidak langsung menjadi lemah. Jangan asyik tumpukan kepada pembangunan infrastruktur sahaja tetapi kita lupa pembangunan akidah insaniah.

Mana pergi cogan kata Modal Insan yang dicanang sana-sini dulu? Apa implikasinya?

No comments:

Post a Comment