Wednesday, March 17, 2010

Najib Kurang Ajar


Menurut laman web Harakah Daily hari ini 17 Mac 2010, satu protes telah diadakan di Putrajaya oleh orang asli.

Seramai 2000 orang asli menyertai protes tersebut. Tunjuk perasaan atau protes tersebut adalah untuk membangkang tindakan Najib yang memperkenalkan dasar pemberimilikan tanah Orang Asli. Mereka menggesa tindakan Najib itu dimansuhkan segera demi menjaga kehidupan seharian mereka.

Setelah dikaji dasar pemberimilikan tanah Orang Asli ni memperlihatkan kepada umum bahawa sikap kurang ajar Najib yang langsung tidak mengambil kira nasib Orang Asli. Beliau lebih mahukan keuntungan daripada pemberimilikan tanah Orang Asli ini kepada pihak luar.

Najib sepatutnya meminta pandangan dan pendapat dari Orang Asli terlebih dahulu sebelum menjalankan dasar tersebut. Sikap tamak dan terdesak yang membuak-buak di dalam diri Najib telah menindas Orang Asli.

Najib yang dilihat berani melakukan tindakan sebegini sepatutnya tidak layak menjadi pemimpin. Rakyat digesa supaya lebih peka terhadap setiap tindakan Najib supaya nasib yang sama tidak menimpa kita.

Oleh itu, sama-samalah kita menyertai perjuangan Orang Asli ini supaya dasar ini dimansuhkan segera.

No comments:

Post a Comment