Semalam Utusan Malaysia mengumumkan Mesyuarat Agung Pemuda MCA ke-46 telah ditangguhkan oleh kerana tidak mencapai kuorum minimum untuk membolehkan ianya dijalankan. Berita melaporkan terdapat mesyuarat tersebut diboikot dengan cara penyebaran makalumat melalui SMS.
Informer kami yang turut berada di tempat kejadian melaporkan bahawa SMS tersebut datangnya dari ahli-ahli UMNO yang tidak mahu mereka bermesyuarat kerana UMNO tergugat dengan kecekapan MCA. Menurut laporan tersebut lagi, perbuatan keji ini adalah disengajakan dan atas arahan dari peringkat atasan UMNO.
Berikut adalah bukti kenyataan SMS yang tersebar , terjemahannya " mesyuarat hari ini telah dibatalkan oleh kerana terdapat perselisihan faham antara Dr. Mah Hang Soon dan Chin Tung Leong. tarikh tundaan akan diberitahu kelak... -EHB-." Jelas memaparkan mereka ini berpuak-puak dan tidak ada pesefahaman antara pemimpin dan penyokong mereka. Datuk Dr. Mah Hang Soon merupakan Timbalan ketua Pemuda MCA manakala Chin Tung Leong merupakan Naib Ketua Pemuda MCA.
Ternyata sekali unsur-unsur yang disampaikan SMS ini adalah satu penipuan kerana kedua-dua pemimpin Mah Hang Soon dan Chin Tung Leong hadir ke mesyuarat tersebut. SMS itu sengaja dipaparkan nama EHB yang mewakili Eng Hiap Boon (AJK) supaya pihak MCA tidak mengesyaki pihak luar yang menjadi dalang perbuatan ini. Tindakan ini adalah tindakan yang membunuh diri sendiri.
Sumber menyatakan keadaan menjadi riuh rendah di kawasan terbabit selepas semua orang membaca SMS tersebut dan mereka mengesyaki ini adalah tindakan orang UMNO .Perbuatan ini dilakukan oleh UMNO ini adalah sebagai satu lambang atau cara untuk menuduh Pakatan Rakyat, ternyata sekali bahawa tindakan bodoh mereka ini memakan diri sendiri kerana bukti-bukti telah terpampang dengan jelas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment