Petikan dari Utusan Malaysia hari ini menceritakan perihal Konvensyen Khas UMNO Selangor yang dirancang oleh Noh Kotik.
Beliau seolah-olah berperangai seperti Dajjal yang tidak tahu kemana arah yang sepatutnya dituju dengan mengharapkan belas kasihan dari tuannya Najib. Namun begitu kecetekkan akal pada lutut kirinya itu juga berfungsi sebagai penaung kepada sifat busuk hatinya terhadap kejayaan pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor.
Noh Kotik mempertaruhkan lututnya kirinya itu untuk mengadakan Konvensyen Khas UMNO pada bulan hadapan bagi membincangkan isu-isu yang telah lapuk ditelan Dajjal peliharaan beliau. Menurut beliau lagi ''Segala persoalan yang melibatkan pentadbiran Selangor meliputi ekonomi, politik dan sosial rakyat akan dibincangkan dan disusuli dengan fakta-fakta serta angka yang jelas mengenai kedudukan dan pengurusan sebenar negeri dalam bidang-bidang yang berkenaan,'' kenyataan ini jelas menunjukkan sikap UMNO yang tergugat dengan pentadbiran pakatan rakyat.
Sehubungan dengan itu, Noh Kotik juga menyimpan satu dendam kesumat terhadap Pakatan Rakyat dengan Khir Toyo. Ini adalah kerana pada waktu pemerintahan Khir Toyo, Noh Kotik telah di anak tirikan oleh Khir pada ketika itu, dan dendamnya itu bertambah busuk apabila Pakatan Rakyat yang memerintah Selangor. Dari dahulu hingga sekarang, beliau merasakan dirinya sangat hina kerana tidak mendapat apa-apa kontrak yang besar-besar kecuali kotak ikannya itu.
Noh kotik yang selama ini hidup bersama kotak ikannya itu ingin meraih kembali kepercayaan dan popularitinya dikalangan rakyat dan barisan pimpinan UMNO dengan mengadakan Konvensyen Khas ini. Beliau sepatutnya lebih pentingkan perihal yang berkaitan dengan perkembangan pertanian di negara kita ini. kerana selama beliau menduduki takhta pertanian setakat ini, sebarang kemajuan dan kelebihan tidak sampai kepada rakyat. Adakah ini sikap sebagai seorang pemimpin. Jangan hanya gah pada kedudukan sahaja tetapi kualiti kerja sama dengan ayam melintas jalan.
Noh Kotik sepatutnya menyelesaikan permasalahan yang lebih penting dari Konvensyen Manghentam Pakatan Rakyat ini. Ini adalah kerana isu kotak ikan yang dicanang-canangkannya itu belum lagi selesai. Penafian Dari Datuk Yusoff belum lagi dijawab oleh beliau, ini adalah realiti sebenar Noh Omar. Hasil titik peluh bersama Kotak Ikannya itu belum lagi boleh dinikmati selagi beliau tidak menjawab penafian itu.
Niat jahat UMNO-BN dan Noh Kotik ini dapat dihidu oleh Pakatan Rakyat yang sememangnya berkaliber dalam pemerintahan selangor ini. UMNO dan Noh Kotik sudah kekeringan akal pada lutut Noh itu untuk menentang Pakatan Rakyat. Tidak lain lagi melainkan dengan cara meniru Pakatan Rakyat dengan mengadakan Konvensyen pada bulan hadapan.
Tindakkan seperti ini telah membuka mata rakyat bahawa UMNO yang terdesak ini sudah kehabisan ideanya lantas menayangkan kelemahan parti UMNO itu sendiri. Panggillah kaum kerabat Najib sekali pun, sudah tentu Selagor tidak akan dapat ditawan oleh UMNO-BN yang sudah usang itu.
Oleh itu sudah terbukti bahawa Noh Kotik merupakan jelmaan Dajjal yang baru merangkak kedalam poket Najib demi membalas dendamnya dan meraih popularitinya. Segala tindakan UMNO ini sebenarnya manambah kepada kekuatan Pakatan Rakyat dalam meneraju Selangor.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment