Seperti yang semua orang maklum UMNO BN telah lama mengamalkan satu budaya politik yang sungguh jijik. Budaya yang paling jijik dipandang ialah amalan rasuah oleh pemimpin-pemimpin UMNO itu sendiri sebagai contoh, Najib membeli kapal selam dengan komisyen RM400juta. Bagaimanakah seorang pemimpin di iktiraf sebagai PM, sedangkan beliau masih di dakwa membunuh Atlantuya??
Satu lagi budaya politik yang parah ialah memonopoli segala tender-tender yang bernilai jutaan Ringgit Malaysia sebagai kepentingan diri sendiri, ahli keluarga mahupun kroni-kroni. UMNO mempunyai terlalu banyak rekod mendominasi tender ini. Mereka sepatutnya mengeluarkan tender-tender tersebut untuk pengetahuan umum supaya kontraktor-kontraktor yang ada dapat bersaing merebut kontrak tersebut. Hal ini menyebabkan ramai kontraktor yang tidak berpeluang merebut tender dan ramai juga yang berputus asa kerana hilang punca pendapatan.
UMNO juga membudayakan menubuhkan skuad yang digelar 'Bonzer' , contohnya seperti PERKASA. Skuad ini ditubuhkan bertujuan untuk menjaga kepentingan politik pemimpin-pemimpin dan juga membutakan rakyat supaya menjadi takut untuk menentang dan bersuara.
Namun segala kejahilan dan keburukan sikap mereka dapat kita lihat melalui media-media yang ada. Contohnya seperti televisyen,radio, surat khabar dan lain-lain. Dalam media mereka, PR dihentam dan difitnah supaya rakyat keliru dan terus dibutakan. Mereka menceritakan kebaikan yang mereka lakukan namun sedikit pun tidak memberi ruang untuk PR bersuara dalam media mereka.
Oleh itu marilah sama-sama kita boikot media-media BN jika kita ingin lihat dan merasai nikmat kebebasan bersuara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment