Friday, April 2, 2010

Kisah UMNO dan Melayu

Hatta 3,4 hari yang lepas aku telah melepakkan diri aku di kalangan kipas susah mati UMNO( org2 yang taksub), maka terbongkarlah bermacam-macam cerita yang berlaku dalam parti yang mereka sanjungi itu.

Diorang pun cerita dengan penuh semangat tanpa keraguan tentang pilihanraya Hulu Selangor. Apa yag aku nak utarakan dan berkangsi ngan pembaca semua adalah pasal orang-orang UMNO ni dah membuktikan aku sesuatu.

Mereka telah membuktikan bahawa UMNO dan orang-orangnya keseluruhan adalah entiti perkauman. UMNO telah berjaya tanamkan api perkauman kat dalam diri orang-orang Melayu yang ada sekarang ni sebab tu kita tak maju.

Apa yang aku ak cerita kat sni bukanlah skop perkauman yang di luar kawasan tapi ianya di dalam kawasan dan lingkungan Barisan Nasional itu sendiri. Tak disangka-sangka, orang UMNO sendiri yang menjadi dalang supaya tidak menyokong calon-calon dari MIC atau MCA.Tambahan lagi dah nak dekat pilihanraya di Hulu Selangor dan kebetulan diorang ni memang anak jati di Hulu Selangor. Menurut kipas susah mati UMNO ni lagi mereka sanggup untuk tidam membeli barang-barang runcit di kedai kaum selain Melayu.

Tapi apa yang peliknya 2 hari lepas tu aku jumpa salah seorang dari mereka kat Tesco tengah beli barang runcit. Ni apa cerita ni? dengan Israel tak nak pulak jadi perkauman. Sayangnya ada lagi manusia yang dijajah seperti ini di Malaysia ni...

Jadi ini lah suasana orang Melayu UMNO ni, pemikiran cetek dan di butakan oleh pucuk pimpinan Barisan Nasional. Jadi janganlah kita tergolong dalam kalangan golongan seperti ini yang hanya mampu memundurkan Malaysia.

No comments:

Post a Comment