Tuesday, April 27, 2010

Rakyat pinggir Bandar dan Luar Bandar Patut Contohi Rakyat Kelantan!!!

Sudah berpuluh tahun Kelantan dibawah pentadbiran Tuan Guru Nik Aziz tetapi masih lagi tidak jatuh ke tangan pihak BN. Pelbagai cara termasuk fitnah jahat terhadap Tuan Guru telah dilaksanakan oleh BN tetapi masih lagi tidak mendapat sokongan rakyat.

Ini bermakna formula Tuan Guru Nik Aziz adalah sangat mujarab dan diberkati Allah sehinggakan ramai tokoh ilmuan datangnya dari Kelantan. Sepatutnya rakyat selain Kelantan perlu mencontohi sikap yang dipegang oleh rakyat Kelantan dalam menilai politik negeri mereka.

Ini tidak, BN baru hulur sikit je dah sembah macam BN ni dewa dari langit yang memberi cahaya dan harapan baru kepada rakyat. Rakyat kelantan, BN hulur je mereka ambil tapi bila pangkah, mereka pangkah Pakatan Rakyat.

Prinsip yang Tuan Guru Nik Aziz tanamkan kepada mereka itu yang sepatutnya dicontohi oleh negeri-negeri lain. Prinsip tentang agama, prinsip tentang menentang rasuah, prinsip kebebasan bersuara, prinsip perpaduan dan lain-lain.

Tuan Guru Nik Aziz telah berjaya menerapkan prinsip ini kedalam jiwa setiap rakyat Kelantan, biarpun hidup susah tetapi maruah dan prinsip jangan sesekali digadaikan oleh gula-gula yang diturunkan oleh BN itu!!

No comments:

Post a Comment