Wednesday, April 14, 2010

Perginya Pejuang UMNO Selangor

Liputan terkini tentang peletakkan jawatan Najib sebagai pengerusi Perhubungan Negeri Selangor.

Najib sebelum ini dikatakan telah meletakkan jawatannya itu ekoran daripada kegagalannya memimpin misi rampas Selangor. Dia yang pada ketika ini heboh dikaitkan dengan isu APCO tidak dapat bertahan lalu membuat keputusan drastik untuk meletakkan jawatan, namun begitu peletakkan jawatan ini tidaklah dinyatakan untuk khalayak ramai, ini adalah kerana ianya akan mengganggu prestasi BN dalam PRK Hulu Selangor nanti.

Berita ini adalah berdasarkan sumber sahih yang disampaikan secara terus kepada penulis oleh orang-orang UMNO sendiri. Sebagai bukti, Najib kini sibuk menjalankan kegiatan luar Selangor seperti program Nuklear, lawatan ke A.S dan banyak lagi.

Najib hanya mampu menghantar Muhyiddin sebagai satu langkah untuk berkempen di Hulu Selangor ini. Dikatakan lagi tindakkan Najib untuk tidak mahu turun padang ke Hulu Selangor ini adalh disebabkan beliau tidak mahu menjadi orang yang dipersalahkan apabila BN kalah di Hulu Selangor ini.

Mari kita sama-sama nantikan pengumuman oleh Dato' Noh Omar tentang peletakkan jawatan Najib sebagai Pengerusi Perhubungan Selangor selepas PRK nanti.

No comments:

Post a Comment