Sunday, February 28, 2010

Hakikat Budaya Politik UMNO

Seperti yang semua orang maklum UMNO BN telah lama mengamalkan satu budaya politik yang sungguh jijik. Budaya yang paling jijik dipandang ialah amalan rasuah oleh pemimpin-pemimpin UMNO itu sendiri sebagai contoh, Najib membeli kapal selam dengan komisyen RM400juta. Bagaimanakah seorang pemimpin di iktiraf sebagai PM, sedangkan beliau masih di dakwa membunuh Atlantuya??

Satu lagi budaya politik yang parah ialah memonopoli segala tender-tender yang bernilai jutaan Ringgit Malaysia sebagai kepentingan diri sendiri, ahli keluarga mahupun kroni-kroni. UMNO mempunyai terlalu banyak rekod mendominasi tender ini. Mereka sepatutnya mengeluarkan tender-tender tersebut untuk pengetahuan umum supaya kontraktor-kontraktor yang ada dapat bersaing merebut kontrak tersebut. Hal ini menyebabkan ramai kontraktor yang tidak berpeluang merebut tender dan ramai juga yang berputus asa kerana hilang punca pendapatan.

UMNO juga membudayakan menubuhkan skuad yang digelar 'Bonzer' , contohnya seperti PERKASA. Skuad ini ditubuhkan bertujuan untuk menjaga kepentingan politik pemimpin-pemimpin dan juga membutakan rakyat supaya menjadi takut untuk menentang dan bersuara.

Namun segala kejahilan dan keburukan sikap mereka dapat kita lihat melalui media-media yang ada. Contohnya seperti televisyen,radio, surat khabar dan lain-lain. Dalam media mereka, PR dihentam dan difitnah supaya rakyat keliru dan terus dibutakan. Mereka menceritakan kebaikan yang mereka lakukan namun sedikit pun tidak memberi ruang untuk PR bersuara dalam media mereka.

Oleh itu marilah sama-sama kita boikot media-media BN jika kita ingin lihat dan merasai nikmat kebebasan bersuara.

Saturday, February 27, 2010

Najib Layak Tak Layak Jadi PM


Jika dilihat dan di nilai dari aspek peribadinya adakah beliau layak digelar Perdana Menteri?

Sudah bertahun lama Najib pegang jawatan dalam kerajaan dan telah banyak ucapan yang diberikan tetapi penulis sampai ke hari ini tidak rasa kagum dengan cara penyampaian ucapan oleh Najib. Kenapa masih ramai orang di luar sana yang menyokong beliau sedangkan beliau tiada apa-apa daya tarikan sebagai pemimpin.

Sepatutnya seorang pemimpin, apabila beliau berdiri sahaja dari kerusinya semua orang akan berasasa satu perasaan yang berkobar-kobar. Penulis sendiri mencubanya dengan menghadiri ceramah oleh 2 orang tokoh dan bandingkannya. Penulis membandingkan Najib dan Dato' seri Anwar Ibrahim.

Ternyata jauh sekali perbedaannya dari segi aura yang dikeluarkan oleh mereka. Apabila Anwar Ibrahim tiba sahaja di perkarangan kawasan ceramah, orang ramai mula berdiri, ada yang menitiskan air mata, ada yang senyum lebar hingga ke pipi, ini adalah ciri-ciri pemimpin yang sebenar. Jika anda lihat Najib berucap di televisyen diri ini terasa seperti ingin merejamnya dengan batu bata.

Ketokohan itu penting sebagai seorang pemimpin tapi Najib?? hmmmmm....

Untuk pengetahuan pembaca-pembaca, satu budaya yang telah lama menjadi kurap di dalam BN ialah budaya seperti lembu dicucuk hidung, di mana setiap kabinet-kabinet wajib ikut arahan PM, jika sesiapa yang menentang maka akan dipecat dari jawatannya. Hal ini menyababkan orang-orang BN menjadi seorang yang penakot dan tamakkan harta rakyat!!