Thursday, April 8, 2010

BN Buka Pekung Di Konvensyen

Cogan kata untuk konvensyen tersebut ialah BN MAMPU BERUBAH!! Cuba anda perhatikan dan teliti dengan halus tentang cogan kata ini.

Sebenarnya cogan kata ni adalah tema untuk konvensyen BN di Selangor dalam meneruskan niat Jahat mereka untuk merampas Selangor. BN MAMPU BERUBAH sebenarnya telah membuka mata kita dan rakyat tentang bagaimana sebenarnya keadaan BN di tampuk penguasaan ini.

Secara terang-terangan BN telah mengaku bahawa selama ini mereka tidak mempunyai kesepakatan dan pesefahaman yang utuh antara parti komponen BN itu sendiri. lihat sahajalah apa yang sedang berlaku untuk PRK Hulu Selangor kali ini di mana UMNO dan MIC sendiri bertelagah untuk meletakkan calon mereka.

Apakah tujuan BN menggunakan cogan kata ini? apakah mereka terlalu gelojoh merobek harta kekayaan sehinggakan terlepas pandang perkara seperti ini?

Apa pun persoalannya telah terbukti dengan jelas bahawa BN kini tenat menanti hari kemusnahan selama 7 keturunan mereka. Terlalu banyak bukti yang terpampang untuk tontonan umum lebih-lebih lagi di PRK ini sehinggakan Najib sanggup mengulangi perbuatannya pada Altantuya. mungkinkah ini yang akan berlaku pada calon MIc nanti??

No comments:

Post a Comment