Tuesday, March 30, 2010

UMNO Desak MIC Beri Laluan

UMNO khianat kepada parti komponennya sendiri MIC dengan mendesak mereka supaya memberi laluan kepada UMNO untuk meletakkan calon Melayu di parlimen hulu Selangor tersebut.

Namun tindakkan itu disangkal keras oleh Samy Velu oleh kerana mempertikaikan kewibawaan MIC. Samy Velu berkeras untuk meletakkan calon mereka iaitu G.Palanivel sebagai calon untuk bertanding bagi pihak BN. Beliau berkata dalam satu temubual "Jika kita melihat kepada keutamaan pengundi, tidak ada satu tempat pun yang kaum India boleh bertanding di negara ini. Masyarakat India tidak mempunyai majoriti sama sekali di mana-mana jua kawasan pilihan raya untuk bertanding. Mereka hanya boleh kekal sebagai pengundi dan ini akan membawa kepada banyak masalah lain.

"Kami telah pun keluar daripada masalah itu sekarang dan saya harap masyarakat akan cuba melupakan apa yang telah berlaku sebelum ini. Jangan cuba untuk mengingatkan mereka... itu tidak baik." Jelas menunjukkan Samy Velu tidak mahu akur dengan tindakan UMNO yang dianggapnya tidak bertolak ansur itu.

Perbuatan UMNO yang kini menjadi api kepada MIC ini dapat dilihat di media-media utama negara. Mereka menyerang MIC sendiri melalui televisyen.radio, akhbar dan lain-lain. Ini menunjukkan tiada kesepakatan antara mereka bagi menangani suatu pilihan raya.

Perkara ini bukan baru pertama kali berlaku di dalan BN malahan pada setiap pilihan raya akan timbul perkara-perkaraseperti ini yang menyebabkan mereka bertengkar sesama sendiri sehinggakan ada pihak yang terpaksa menggunakan cara yang keras untuk menang.

Kita bakal menyaksikan satu pergolakkan hebat yang akan berlaku di dalam BN tentang siapa calon mereka. Ini sepatutnya diberi perhatian yang serius leh rakyat , kerana sebagai pendedahan kepada cara politik kotor yang dimainkan oleh UMNO.

No comments:

Post a Comment