Friday, March 5, 2010

Harapan Baru Bukit Botak

Isu kes Bukit Botak ni sudah lama menjadi perbualan orang ramai malahan sudah menjadi satu pekung UMNO yang nyata apabila isu selama 20 tahun ini tidak diselesaikan di bawah pemerintahan UMNO BN dulu. Kini sudah tiba penduduk di Bukit Botak diberi jaminan dan satu harapan baru bagi membela naseb mereka yang sudah lama terpahat.

Dengan rasa tanggungjawab dan kredibiliti Pakatan Rakyat membuat keputusan untuk mengambil alih tanah kawasan BUkit Botak sebagai satu langkah untuk membela nasib penduduk di situ. Langkah ini adlah satu langkah terbaik merupakan langkah terbaik kerana kuasa penuh terhadap kerajaan negeri Selangor untuk mengatasi maslah projek terbengkalai yang ditinggalkan oleh BN dahulu. Perkara ini secara tidak langsung akan memperlihatkan pembangunan menyeluruh di kawasan tersebut.

BN meninggalkan satu permasalahan yang semakin hari semakin berleluasa terhadap penduduk di Bukit Botak oleh sebab itu Pakatan Rakyat di Selangor dengan cekap dan pantas mengambil tindakan sewajarnya sebelum ianya menjadi sesuatu yang lebih parah.

Bagi menangani permasalahan di Bukit Botak, satu Jawatakuasa Pemulihan di Bukit Botak telah ditubuhkan oleh Kerajaan negeri pada Julai lepas. Hal ini menunjukan kecekapan Pakatan Rakyat menangani isu-isu rakyat di Selangor.

Demi menutup kegagalan dan kepincangan kerajaan Barisan Nasional terhadap Bukit Botak, BN dengan sedaya upaya mereka cuba untuk menglirukan sekumpulan peneroka dan orang awam mengenai niat baik kerajaan negeri. Namun usaha BN ternyata tidak memberikan kesan kerana orang ramai sudah meluat dengan janji-janji manis BN yang tida membawa apa-apa perubahan di Bukit Botak.

No comments:

Post a Comment