Thursday, March 25, 2010

UMNO Lantik Mat Despatch Berkempen Tawan Selangor

Ini berita yang tak berapa sedap di dengar oleh Pakatan Rakyat dan juga UMNO. Info terbaru yang disampaikan secara terus pada aku ni bukan berita main-main mahupun bahan lawak politik tanah air, tapi adalah maruah Malaysia di mata dunia yang diperlekehkan oleh UMNO-BN.

Aku difahamkan seorang makhluk yang dahuluya dijulang tinggi oleh UMNO, kini telah diarahkan dan dilantik menjadi mat despatch yang berkaliber untuk misi tawan selangor.

Kempen-kempen pidato dan ucapan beliau kini giat dijalankan di seluruh Selangor bagi memenangi hati rakyat. Kalau dulu dia seorang yang dijulan tinggi tapi mengapa sekarang ni dia hanya dilantik sebagai seorang mat despatch? Kita sendiri boleh tengok macam mana UMNO perlkukan dia sampai dia sendiri yang dibutakan.

Sebenarnya demi menutup malu, UMNO sengaja melantik mat despatch ni supaya berjuang untuk tawan Selangor. Tapi apakah ini yang mat despatch tersebut harapkan apabila dia keluar parti dan menyertai UMNO? Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, mat despatch ini sebenarnya mengharapan jawatan sebagai menteri sebaik sahaja dia menyertai UMNO tapi dia ini di anaktirikan oleh Najib sendiri.

Sebagai langkah awal, rakyat Selangor digesa tidak terpengaruh dengan kempen dan ceramah jahat yang dilakukan oleh UMNO-BN ini. Mat Despatch ini seorang yang pandai berkata-kata dan ucapannya mampu mempengaruhi semua orang. Kalau nak kenal siapa Mat despatch ini, apabila berucap, dia hanya mampu serang peribadi sahaja tetapi tidak mampu mengulas isu-isu semasa, karena dia tahu UMNO sememangnya sudah busuk dari dalam.

Oleh itu, marilah sama-sama kita memboikot segala ceramah yang di adakan oleh UMNO-BN supaya mereka tidak lagi mendapat tempat di hati rakyat!!

No comments:

Post a Comment