KANGAR - Walaupun begitu gah Umno mencanangkan di media bahawa seramai 40 orang ulama muda telah menyertai parti itu kelmarin, namun maklumat yang diperolehi hanya sebahagian sahaja yang benar-benar berbuat demikian.
Sebaliknya pula, ada sebahagian daripada mereka yang berada di dalam majlis tersebut telah terpedaya dengan mainan politik bekas Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Shahidan Kassim.
Menurut Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman, ada beberapa orang yang datang dari Perlis untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak untuk tujuan yang lain, sebaliknya telah terperangkap dengan sandiwara politik mainan Shahidan.
"Shahidan telah mengambil kesempatan dengan kehadiran mereka untuk tujuan politiknya. Mereka mewakili Persatuan Al-Islah Perlis yang pergi untuk berjumpa Najib bagi membersihkan nama persatuan mereka yang turut dikaitkan dengan isu terkini iaitu Jemaah Islamiah (JI) dan keganasan.
"Salah seorang mereka adalah tenaga pengajar di sekolah kita di Jejawi, Ustaz Wahab Abdullah. Dia bukan pergi serah borang Umno, tapi untuk membersihkan nama persatuannya dari dilabel sebagai pengganas. Maklumat yang kita dapat bukan sampai 40 orangpun yang menyertai Umno," jelasnya dalam ceramahdi Markas Tarbiah PAS Padang Besar di Santan dekat sini malam tadi.
Ustaz Wahab adalah tenaga pengajar di Al-Madrasah Ad-Dinniah Al-Islamiyah (MADI), salah sebuah sekolah kelolaan PAS Perlis.
Lihatlah mainan politik terdesak Najib sehinggakan sanggup berbuat apa sahaja demi meraih sokongan rakyat.
Jangan tersalah menilai, dengar sini Melayu 20% UMNO. Ini semua adalah kerja-kerja APCO Zionis. Najib sudah menjadi alat tunggangan mereka, jangan kamu tersalah dalam melihat Najib.
Sama-sama kita halau APCO ini dari Malaysia dengan menumbangkan BN!!
Tumbang BN!!
No comments:
Post a Comment