Ada la 4, 5 kali aku lalu dekat kawasan sg. Chuh dari arah Bukit Sentosa ke Arah Rawang aku perasan satu bilik gerakan UMNO BN yang dipunyai oleh geng-geng Khairy Jamaluddin dari Rembau ni. Siap buat banner UMNO Rembau terpampang dengan gah di situ.
Hari itu sebelum penamaan calon aku tengok bukan main ramai lagi orang yang berduyun-duyun berkumpul di situ aku pun tak tahu apa sebabnya. Mungkin diorang harap Khairy Jamaluddin nak turun padang agaknya.
Yelah orang-orang Rembau sekarang ni di anaktirikan, khairy dah tak jenguk Rembau macam dulu lagi dah. Aku rasa mungkin orang-orang Rembau ni sedih agaknya Khairy tak turun tempat mereka, sehinggakan terpaksa tarik perhatian Khairy kat tempat orang lain. Ini lah keadaan sebenar yang berlaku dalam UMNO yang mana pemimpin-pemimpin tak buat kerja sampai rakyat pun terabai.
Tapi apa yang aku nak kongsi kat sini sebenarnya lepas daripada penamaan calon hari tu, bilik gerakan Rembau ni pun tutup tidak berpenghuni. Aku ingat siang je tutup dah berkali-kali aku lalu siang malam masih lagi tutup. Adakah ini menunjukkan protes UMNO terhadap calon BN dari MIC??
Tak berapa jauh dari bilik gerakan Rembau tu pula aku nampak satu lagi bilik gerakan yang hanya tinggal bendera sahaja. Makhluk-makhluk halus pun tak kelihatan kat post tersebut. Apa dah jadi dengan BN ni?? Nampaknya orang-orang Melayu kawasan tu dah tak nak layan BN lagi dah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment